Skip links

Pembantu Operasi (Setaraf Gred N11)

1. Jadual Gaji

Gaji Minimum : RM1,216.00
Gaji Maksimum : RM2,983.00

** Gaji minimum yang ditawarkan adalah tidak termasuk Elaun.

2. deskripsi tugas

a. Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas dalam membantu melicinkan perjalanan urusan pejabat seharian melibatkan pergerakan fail, penghantaran dan pendaftaran surat/dokumen/saman/notis serta pemanduan kenderaan.
b. Bertanggungjawab mengendalikan, menyelenggara serta memastikan kenderaan sentiasa dalam keadaan baik.
c. Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas operasi am bersifat hands-on yang memerlukan keupayan fizikal di dalam pejabat.

 

3. syarat lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. warganegara Malaysia; dan
b. berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak lebih 45 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c. Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
(Gaji permulaan pada Gred H11: RM1,216.00)
c. Memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P).

 

4. Syarat -syarat memohon

i. Semua permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan disertakan bersama salinan dokumen yang telah disahkan:

a) Sijil Kelahiran

b) Kad Pengenalan (depan & belakang)

c) Sijil Berhenti Sekolah

d) Sijil PMR/PT3/SPM

e) Lain-lain dokumen pengesahan

ii. Semua permohonan permohonan hendaklah mengemukakan Resume atau Curriculum Vitae (CV)
iii. Permohonan daripada Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan melampirkan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan dan Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini.

 

perhatian

i. Permohonan yang dihantar tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat akan ditolak.
ii. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup iklan tidak akan diproses.
iii. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.
iv. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup adalah dianggap TIDAK BERJAYA
v. Segala perbelanjaan untuk menghadiri temuduga ada ditanggung oleh calon sendiri.

 

Facebook
Email
WhatsApp
Explore
Drag