Skip links

IKLAN JAWATAN KOSONG

KELAYAKAN CALON

  • Ijazah Sarjana Muda dalam Pengurusan Sumber Manusia, Pentadbiran Perniagaan atau setara.
  • Kefahaman mendalam tentang undang-undang buruh Malaysia.

GAJI

  • Gaji permulaan yang ditawarkan bermula pada RM3,205.00

SKOP TUGAS

  • a)    Pengurusan Pentadbiran:

    -     Menyelia operasi harian pejabat, memastikan kemudahan dan peralatan diselenggaran dengan baik

    -     Mengurus dokumen fizikal dan digital, menyediakan surat-menyurat serta memastikan simpanan dokumen yang teratur dan selamat

    -     Memberi sokongan kepada jabatan lain, mengurus jadual, minit mesyuarat dan fail kakitangan.

    -     Menyusun jadual mesyuarat dan pelan tindakan serta memantau pelaksanaannya

    -     Menguruskan proses pengambilan pekerja, latihan, pengurusan cuti dan rekod staf

    b)    Pengurusan Sumber Manusia Secara Strategik:

    -     Membantu pihak pengurusan dalam merancang keperluan tenaga kerja mengikut perkembangan perniagaan.

    -     Memastikan strategi HR selari dengan objektif syarikat.

    -     Menyediakan struktur organisasi & KPI pekerja bagi memastikan produktiviti Optimum

    -     Menyusun struktur gaji, insentif & manfaat pekerja yang kompetitif untuk menarik dan mengekalkan bakat terbaik

    c)     Pembangunan & Pengurusan Prestasi Pekerja:

    -     Menyediakan sistem penilaian prestasi (Performace review & KPI) yang selaras dengan objektif syarikat.

    -     Mengenal pasti pekerja yang berprestasi tinggi dan mencadangkan kenaikan pangkat atau ganjaran.

    -     Menguruskan latihan dan pembangunan pekerja bagi meningkatkan kecekapan kerja

    d)    Pengurusan Tenaga Kerja:

    -  Memastikan budaya kerja positif & motivasi tinggi dalam organisasi.

    -  Menjadi penghubung antara pekerja dan pengurusan dalam menyelesaikan konflik dan isu dalaman.

    -  Menyusun program team building & engagement untuk meningkatkan produktiviti dan kesetiaan pekerja.

    -  Menganalisis trend tenaga kerja, kadar keluar masuk (turnover rate) dan cadangan penyelesaian.

    e)    Pengurusan Polisi, Undang-Undang & Risiko HR:

    - Memastikan syarikat mematuhi undang-undang buruh (Akta Kerja 1955, KWSP, SOCSO, EIS, PCB dan lain-lain.-  Menyediakan, mengemaskini dan menguatkuasakan polisi syarikat seperti cuti, disiplin dan keselamatan kerja.-  Mengendalikan tindakan tatatertib dan siasatan dalaman jika berlaku pelanggaran etika kerja
    f)      Lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

    Kami sedia MembantuBekerjasamaMenginspirasi

    Perlukan maklumat lebih lanjut? hubungi atau emel kepada enquiry@mbins.com.my untuk berhubung dengan pegawai kami !

    Cari kami

    Menara MAINS, Aras 10, Sayap Selatan, Jalan Taman Bunga 70100 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.

    Explore
    Drag